…ATAU YG TERSAYANG TIDAK MENDAPAT APA2 SETELAH ”PEMERGIAN” ANDA…

Mengapa ASNB memilih Hibah Amanah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada?

• Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Hibah Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan pertelingkahan di kalangan waris.

• Melalui Hibah Amanah, ianya boleh membantu para pemegang unit merancang bagaimana pelaburan unit amanah dapat diagihkan kepada waris yang dikehendaki dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.

• Hibah Amanah ini adalah berlandaskan hukum Syariah dan ianya boleh meliputi kesemua pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB. Walaubagaimanapun, hukum Faraidh masih menjadi tunggak pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, pemegang unit dinasihatkan untuk berlaku adil dalam membuat pembahagian Harta-harta Hibah.

Lebih lanjut: http://www.asnb.com.my/Hibah/WebHibahFinal.pdf
WebHibahFinal

Advertisements