Di satu ketika…di pejabat jabatan kerajaan… (Aku mendengar akan 3 masalah berbeza) Tapi tak tau pasai apa aku nak cerita yg ni dulu. Sketsa 2 n 3 hari lain pulak. Tak dan nak tuleh haqi ni jugak.

Aku sampai di pejabat tu pukul 2:30pm. Ada appointment.
Semasa aku sampai, ada seorang perempuan cina dan lelaki cina sedang berbicara dengan receptionist tu dengan 2 masalah berasingan. Mereka berdua tak ada sangkut paut.Nampak mcm tak berapa puas hati tu…

Sketsa Pertama:
Seorang pelanggan (lelaki India, kemas dan muda orangnya. Dalam late 20’an) datang untuk brtemu seseorang.
Semasa pelanggan ni datang, ada 1 receptionist sahaja, perempuan. Sebelum pelanggan ni datang, di meja reception ada 2 perempuan dan 1 lelaki.

Pelanggan:Boleh saya jumpa orang nama ”ini”?

Receptionist: atas urusan apa cik?

Pelanggan: urusan bla..bla..bla..

Reception: ooo.. kes ni encik kena pegi settle di seberang (Butterworth), kami x handle kes mcm ni..

Terhenti seketika kerana receptionist sambung melayan 2 pelanggan lain yg masih tidak puas hati dengan cara penyelesaian masalah mereka. Dah sedikit havoc masa ni…

Pelanggan: (nada ok lagi) Pagi, saya datang sini…kawan awak cakap mcm ni..ok! saya pergi seberang, sampai seberang…sana cakap kena buat kat sini…saya patah balik datang sini…awak cakap mcm ni..mcm mana ni…(dh mula x senang) saya nk jumpa dia!

Receptionist: (buat panggilan ke dalam dan terus masuk ke dalam) bila keluar: dia dah balik encik.

Pelanggan: Dah balik? Tulis kat board luar sana terima pelanggan sampai pukul 4:30pm, Skarang pukul 4:15pm. Sbnarnya saya datang sebelum pukul 4 tadi. Saya tengok awak layan customer lain, saya hormat, saya tunggu.. masalah dia pon awak tak boleh settle sampai panggil bos awak kluar tolong settle. Skrg saya pulak. Awak boleh cakap dia dah balik kat saya? macam ni ka cara kerja awak semua…(agak tinggi tapi tak kasar…)

Receptionist: Dia datang kerja awal cik…sebab tu dia balik awal… (mak aiii…aku yg ada disitu geleng kepala dengan kenyataan receptionist tu…apalagi customer tu…hangin laaa) Saya dah panggil boss saya untuk encik.

Pelanggan: I tak tau la macam mana awak smua buat kerja…

Boss: Ya encik, masalah apa encik?

Pelanggan: (explain mcm tadi kt receptionist tu)

Boss: (jawapan sama mcm receptionist tu) atau esok encik datang lain sbb skrg pon dah dekat pukul 5 dah..

Pelanggan: Awak ingat saya kerja company sendiri ka suka2 cuti nk datang dan belum tentu boleh jumpa dengan orang yg saya nak jumpa tu.. macam ni ka awak smua buat kerja…sebab tu orang selalu komplen servis2 jabatan mcm awak ni…(sambil berlalu keluar pejabat)

Kami, 4, 5 pelanggan kat situ juga turut geram dengan situasi ini.

Apa yg aku nak mention di sini…
Sebagai receptionist, dia perlu bijak! sebab pelanggan yg datang tu semua bermasalah. Orang bermasalah…dia sensitif.
Kerajaan dah aturkan peruntukkan kursus2 yg related. Hadir la… bukan p syok2 saja.. belajar…
Sebagai receptionist, kena ada initiative sendiri…
Hari2 mengadap dengan pelanggan yg bermasalah, mcm2 kerenah, belajar laaa..

Yang selalu pelanggan bengang tu..
”nanti encik datang bawak paper A,B,C.
esok, datang dengan paper A,B,C, encik, mana dia paper D, tak lengkap ni…”
sapa tak naik angin… esoknya,
”encik, encik perlu surat akuan dari pejabat pesuruhjaya untuk membuat permohonan ni… TBAKO…TBAKO…TBAKO…Huarrrrrghhhhh…. betul la kata mamat India tu..Awak ingat saya kerja company sendiri ka suka2 cuti nk datang

LASTLY…
Korang boleh terima tak jawapan dia tadi… (Dia datang kerja awal cik…sebab tu dia balik awal)

Advertisements