Image

Percubaan Butter Cream

Percubaan Butter Cream

Smakin dibuat smakin seronok pulak. Tak sangka aku yang dulu sikit pon tak minat bab kek ni boleh terjerumus dalam pembikinannya hari ini… Bukan kek saja…bab masak ni…terpaksa baru buat. Mungkin orang kata… dah beralih umoq ni…dia berubah… perubahan yang sihat ok… perubahan tak sihat tak mo eaaa…

At least kita blajaq something new walaupun agak terlewat. Hidup tak bosan kan…compare to tak teringin nk buat or cuba apa2…

Meh ler kita cuba sama2… pada yang dah expert tu… tunggu…akan ku cuba kejar korang… (pasang angan2 tu…heh..heh…)

Image

My liltle man…

Design from ibu

Design from ibu

My liltle man...

This month, my lovely ”man” already 5 years old… Alhamdulillah… Syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas pemberiannya… and thank you for everybody who help me and be with me to grow him well till today. Especially Qosimah, mak, bapak, ati, along, Amirul Amran , lang man, Norejah, mak uteh, Nabilah Biela Syabiel, pak halim, Shafina Fizrai Azlan, Syaril Nizar, F Farid A Azlan, cik miah, tok timah, Shahrizan Shah, Lily Suryani, hani, kimi, Ida Syahida, Noni Pakcham and evribodi out there who love him and treat him so nice. Not just till today but tomorrow and after tomorrow…Pray to ALLAH SWT to give him guide to live in the right path and a comfortable life till JANNAH. Me..”ibu”… always pray for your best living in this world and hereafter (akhirat). Hope u can be as ur given name. In Sya ALLAH… Amin.

Oh! also wanted to say a great thanks to colleague and boses for ur help and understanding with the difficulties i’m facing… and!
all the teachers and helpers at Tadika Gemilang Intelek for A, B, C & 1, 2, 3…kafa…Thanks a lot guys….

Cerita Kek Harijadi…
Oleh kerana selalu teruja tengok lori2 besar…especially tanker n kargo, ibu deside nk buat kek lori this year… pikir2 balik, takut tak jadi…pasai ibu pun baru bertaktih nak buat kek topping ni…so, order saja laaa… konon nk order fondant kek, baru cantik… tanya harga!!! alamak! tak pa lah, butter cream pun ok lah! ngee…

Aside

TIPS JAGA ENJIN KERETA

Jangan basuh enjin kereta guna air.

KITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot.

Jangan menggunakan air ketika membersihkan enjin kerana pada ­permukaannya terdapat banyak kesan minyak yang tidak boleh ditanggalkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat ­dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi ­jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada ­permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, ­keringkan badan kereta ­dengan kain bersih. Bagi ­hasil yang lebih baik ­selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax ­melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

TIPS JAGA TAYAR

Guna kereta dah 10 tahun, tapi maklumat pada tayar kereta sendiri pun tahu, itu luahan aku sendiri pada diri aku yang langsung tak ambil tahu, apa maklumat yang ditulis pada setiap tayar kereta. Setiap tayar ada speksifikasi dan huruf dan nombor pada tayar kereta atau tayar kenderaan ada maksud yang perlu kita tahu. Panduan dan Tips Jaga tayar ini khas kepada yang belum tahu lagi. 

 
 

LIHAT NO DAN HURUF PADA TAYAR DI ATAS 165/60R14 .79T.

Nombor 165 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.


Nombor 60 menyatakan nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 79  melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “79″ kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 79 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 237KG / 1 Tayar. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 237 x 4 = 948 kg)

Huruf “T” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan T dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 190 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi hadlaju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


TIP JAGA TAYAR KERETA

Anda boleh semak maklumat tekanan yang sesuai pada tayar kereta, rujuk stiker tepi pintu atau manual kereta.  

Tayar juga mempunyai sifat yang sama seperti belon, tekanan angin dalam tayar akan berkurangan sebanyak 10 hingga 20 kPa dengan sendirinya setiap bulan.

Pengurangan 10 kPa adalah bersamaan dengan berat seorang penumpang seberat 70 kilogram (kg).
Secara tidak langsung, kereta kita dibebankan tanpa disedari. Ia bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang, malah meningkatkan kos penyelenggaraan dan merosakkan tayar. 

Pengabaian tekanan tayar oleh pengguna sering berlaku akibat kurangnya pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan tayar bertekanan sesuai.

Alat ATPC Membantu anda menyemak tekanan angin kereta anda, 

Menurut Sivarao, ATPC akan mengeluarkan bunyi bagi memberitahu pengguna apabila tekanan yang sesuai telah dicapai. 
“Pengguna tidak perlu tahu berapa nilai yang mereka perlu tetapkan di kios angin.

ATPC akan mengeluarkan bunyi apabila tekanan yang sesuai dicapai.

“Mereka boleh menetapkan sebarang nilai yang dikehendaki misalnya 500 kPa,” katanya.

Selain itu katanya, ATPC ini juga mampu mengeluarkan tekanan berlebihan dalam tayar ke nilai sepatutnya secara automatik tanpa sebarang alat bantuan yang lain sekiranya berlaku over inflation.